Runtuhan: 11 termasuk empat kanak-kanak maut di Aleppo - Utusan Malaysia

Runtuhan: 11 termasuk empat kanak-kanak maut di Aleppo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMASCUS 2 Feb. – Kira-kira 11 orang terbunuh termasuk empat kanak-kanak selepas sebuah bangunan rumah pangsa runtuh akibat peperangan di bandar Aleppo, Syria hari ini.

Seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas ditarik keluar oleh pasukan penyelamat yang kebanyakan tidak menggunakan sebarang peralatan untuk mengalihkan sisa runtuhan bangunan lima tingkat tersebut.

Agensi berita rasmi SANA melaporkan, mangsa adalah satu-satunya yang terselamat dari insiden di kawasan kejiranan Salaheddin itu.

Salaheddin dibom dengan begitu teruk apabila pasukan tentera yang turut mendapat sokongan Rusia menyerang daerah pemberontak pada akhir tahun 2016.

Kebanyakan pembinaan semula di kawasan runtuhan tersebut telah dilakukan secara persendirian.

Malah kebanyakan bangunan di sekitar blok rumah pangsa itu masih memiliki kesan peperangan dan sebahagiannya hampir runtuh.

Washington sebelum ini menganggarkan usaha membaik pulih infrastruktur dan kediaman di Syria menelan belanja antara AS$300 bilion (RM1,228 bilion) hingga AS$400 bilion (RM1,638 bilion). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×