Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DARC meriah - Utusan Malaysia

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DARC meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 700 orang tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Denai Alam Recreational and Riding Club (DARC) di sini hari ini.

Pengasas DARC, Terry Teo berkata, majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina itu dianjurkan untuk melahirkan rasa cinta antara satu sama lain serta memupuk sifat harmoni antara kaum di negara ini.

“Tujuan saya menganjurkan majlis ini dengan harapan rakyat berbilang kaum Malaysia dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Kita tidak ada lagi tanah air lain. Saya dilahirkan dah dibesarkan di Malaysia jadi saya mahu rakyat kita hidup dengan aman.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam pada itu, sumbangan berupa angpau turut diberikan kepada 22 orang anak yatim dari Rumah Al-Firdaus Denai Alam, Shah Alam, Selangor.

Kesemua penerima sumbangan tersebut berusia dari 3 hingga 4 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN