KUALA LUMPUR 6 Feb. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan tiada sebarang rombakan Kabinet yang akan dilakukan dan masih kekal dengan barisan menteri yang ada. Jelasnya, cakap-cakap akan berlaku rombakan Kabinet termasuk kononnya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin bakal diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah berita palsu. “Saya kekal dengan yang sama. Tiada rombakan Kabinet. Apa-apa khabar angin mengenai perkara itu berita palsu,” katanya kepada…










