RM90 juta: Perdana Menteri tolak pengesahan SPRM? - Utusan Malaysia

RM90 juta: Perdana Menteri tolak pengesahan SPRM?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Feb. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi bayangan yang beliau menolak pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa tiada wang RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun Pas.

Biarpun pengesahan tiada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan kepada Pas itu dibuat sendiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd. Shukri Abdull, Dr. Mahathir sebaliknya berkata, itu hanya penjelasan SPRM.

“Itu SPRM kata…SPRM mungkin belum dapat maklumat sepenuhnya dan dia ambil masa.

“Setakat ini banyak lagi kes-kes pencurian oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, yang SPRM tak punya masa untuk selidik dan itu tidak bermakna Datuk Seri Najib tak curi.

“Kita tunggulah adakah benar atau tidak (kes RM90 juta dan kes Najib),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam Mohd. Syukri memaklumkan pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi Pas.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN