RM300,00 untuk bina 'Rumah Syukur' bantu mangsa bencana - Utusan Malaysia

RM300,00 untuk bina ‘Rumah Syukur’ bantu mangsa bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Feb.- Konsep ‘Rumah Syukur’ yang diperkenal Malaysia Relief Agency (MRA) akan diperluaskan lagi bagi membantu mangsa bencana alam termasuk di Palu dan Lombok, Indonesia.

Sehubungan itu, Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berharap pihaknya dapat mencapai sasaran kutipan sebanyak RM 300,000 bagi membina 100 buah rumah di kedua-dua daerah berkenaan.

Katanya, setakat ini pihaknya akan mengumpul dana menerusi penjualan lukisan daripada program ‘Affect Nusantara’ yang terletak di ibu negara.

“Kita akan bina ‘Rumah Syukur’ ini yang dilengkapi dua bilik sebagai asas kepada mangsa untuk membina kehidupan baharu. Setiap keluarga akan menerima satu rumah.

“Selain itu, kita juga mahu membina semula kehidupan mereka dengan meningkatkan sumber ekonomi.Oleh itu, saya menyeru masyarakat membantu kami dalam merealisasikan cita-cita MRA,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Perasmian Pameran Lukisan ‘Affect Nusantara’ di Intermark, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN