Risiko rabies, elak bawa anjing ke Taiping, Bukit Gantang - Utusan Malaysia

Risiko rabies, elak bawa anjing ke Taiping, Bukit Gantang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membawa pulang anjing dari kawasan lain ke Mukim Taiping dan Bukit Gantang sempena cuti Tahun Baharu Cina bagi mengelak risiko jangkitan penyakit anjing gila atau rabies.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak, Dr. Ahmad Shafri Hassan berkata, sehingga kini perintah kawasan jangkitan penyakit rabies bagi daerah Larut Matang dan Selama yang dikeluarkan pada 14 Januari, masih berkuat kuasa dan belum ditarik balik.

“Semua pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak dibenarkan membawa keluar anjing dari kawasan pewartaan iaitu Mukim Taiping dan Bukit Gantang yang sedang dilanda wabak Rabies.

“Sekiranya mahu bawa keluar anjing perlu ada kebenaran bertulis dari Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak bagi mencegah wabak ini menular ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mereka yang disabitkan kesalahan memindah keluar anjing tanpa kebenaran Pengarah JPV Perak boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali mengikut subseksyen 39(1) di bawah Akta Binatang 1953 (Akta 647) (Semakan – 2006) dan (Pindaan) 2013 (Akta A 1452). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN