Replika mesin padi di Tikam Batu, tarikan baharu pengunjung abadi gambar kenangan - Utusan Malaysia

Replika mesin padi di Tikam Batu, tarikan baharu pengunjung abadi gambar kenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 6 Feb. – Orang ramai yang berkunjung ke Tikam Batu di daerah ini, diharap supaya tidak melepaskan peluang untuk bergambar secara percuma dengan sebuah replika sebenar mesin padi.

Dengan berlatarbelakangkan sawah padi, jentera tersebut sudah pasti mampu menjadi tarikan terbaharu kepada pelancong yang berkunjung ke daerah dan negeri ini.

Malah sehingga kini, lokasi itu menjadi tarikan ramai pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan di atas jentera berkenaan, apatah lagi semasa musim cuti persekolahan ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan mercu tanda yang dibina Majlis Perbandaran Sungai Petani itu merupakan idea di luar kotak pemikiran.

“Walaupun nampak ringkas, tetapi ia mampu memperkenalkan identiti setempat masyarakat di sini. Justeru, saya berharap agar majlis daerah lain di seluruh Kedah dapat membina replika yang memperkenalkan identiti setempat kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN