KOTA BHARU 1 Feb. – Kemenangan dalam aksi pembukaan Liga Perdana menentang Selangor United di Selayang esok amat penting buat Kelantan jika mahu mengembalikan semula keyakinan penyokong. Pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat berkata, pertemuan itu pasti amat dinantikan peminat Red Warriors bagi menilai kekuatan sebenar pasukan untuk mengharungi saingan liga musim ini. “Ia tekanan kepada kami kerana perlawanan itu akan memberikan kesan terhadap kehadiran penyokong ke stadium…










