Rakyat akan diingatkan semula punca kejatuhan BN - Utusan Malaysia

Rakyat akan diingatkan semula punca kejatuhan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 24 Feb. – Pakatan Harapan (PH) akan memastikan rakyat di negara ini sentiasa diingatkan dengan punca kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bagi memastikan rakyat terus menolak segala kejahatan dan salah laku yang lalu.

Katanya, rakyat juga akan diingatkan mengenai kerajaan kini yang terpaksa menanggung beban hasil masalah yang ditimbulkan BN.

“Jadi elok juga di by election (pilihan raya kecil), kita peringatkan balik kepada pengundi bahawa yang lepas, mereka sokong PH kerana menolak segala kejahatan dan salah laku.

“Kita tak bimbang. Jadi kita nak peringatkan balik apa yang berlaku dalam negara yang menyebabkan BN kalah dan dia (Datuk Seri Najib Tun Razak ) sudah dikaitkan dengan pelbagai skandal dan tuduhan-tuduhan di mahkamah. Jadi, saya nak mengingatkan balik bahawa jangan kita lupa apa sebab utama yang menyebabkan kekalahan BN adalah berlaku penyelewengan, rasuah, penipuan dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sembang Santai bersama penduduk Kampung Baru Semenyih di sini hari ini.

Tambah Muhyiddin, banyak perkara yang kerajaan PH sudah buat dalam tempoh lapan bulan ini.

Namun, katanya, perancangan berkenaan tetap mengambil masa.

“Tempoh-tempoh mendatang ni, saya fikir akan banyak lagi pengumuman, keputusan. Jadi, BN takut tu. maknanya bila lama lagi, PH will be strong (akan menjadi lebih kuat),” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai PH yang kini sudah tidak ada modal dengan membangkitkan isu Najib dalam kempen-kempen ceramah, tegas Muhyiddin, pihaknya

ada banyak modal lain.

“Tetapi, faktor itu (Najib) perlu disebutkan supaya orang tidak lupa yang menyebabkan negara begini, yang menyebabkan rakyat menolak BN dulu, majoriti yang besar,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN