Hati ibu bapa mana yang tidak risau apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan lahir ke dunia menderita penyakit kronik. Rapuh hati kedua ibu bapa Mohammad Al-Qawiy Muhd. Haniff, 5, apabila melihat anak kecil itu menangis menahan sakit dan perlu menjalani empat pembedahan sejak dilahirkan akibat komplikasi jantung. Namun kesedihan itu perlu dilupakan demi melihat anak itu terus kuat melawan penyakit serta bagi mengelak dia menyedari perubahan emosi ibunya. Itu yang dihadapi Wan Haryanie Zolkepli, 32, apabila mengetahui sejak berusia tujuh bulan dalam kandungan, bayinya hanya mempunyai satu pacu jantung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya