Putin beri amaran kepada AS - Utusan Malaysia

Putin beri amaran kepada AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 21 Feb.- Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran beliau tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata baharunya untuk menyerang Amerika Syarikat (AS) sekiranya kuasa besar itu bertindak memindahkan peluru berpandu baharu ke Eropah.

Ketika menyampaikan amanat negara, Putin mendakwa AS mengingkari perjanjian Angkatan Nuklear Jarak Jauh 1987 dengan mencipta peluru berpandu baharu dan cuba menyalahkan Rusia atas rancangan tersebut.

“Saya menyatakan ini secara jelas dan terbuka, Rusia akan menggerakkan senjata yang boleh digunakan untuk melumpuhkan pusat pengendali sistem peluru berpandu yang ditujukan kepada kami,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN