Putera Mahkota Arab Saudi melawat Malaysia - Utusan Malaysia

Putera Mahkota Arab Saudi melawat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia hujung minggu ini, antara lain dijangka menyentuh mengenai hubungan dan kerjasama ekonomi Jeddah-Kuala Lumpur, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai lawatan Putera Mahkota Arab Saudi itu, beliau berkata, lawatan itu lebih menjurus kepada hal ehwal ekonomi dan perniagaan.

“… dan saya cadangkan kepada anda selain saya, anda (wartawan) bertanya juga kepada Datuk

MOHAMMED SALMAN
MOHAMMED SALMAN 

Seri Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali),” katanya ketika ditemui wartawan di sini semalam.

Agensi berita asing mela­porkan Mohammed, yang merupakan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan Arab Saudi sedang dalam rangka lawatan ke beberapa negara Asia dimulakan dengan lawatan ke Pakistan minggu ini.

Dari Islamabad, Putera Mahkota Arab Saudi itu dija­dual tiba di Kuala Lumpur pada Ahad untuk lawatan rasmi dua hari sebelum meneruskan lawatan ke Indonesia pada Isnin dan selepas itu ke India.

Lawatan Mohammed ke Malaysia adalah yang pertama selepas beliau dilantik sebagai Putera Mahkota Arab Saudi pada Jun 2017. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN