Pulau Pinang tidak perlu jadi Singapura kedua - Utusan Malaysia

Pulau Pinang tidak perlu jadi Singapura kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 27 Feb. – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menegaskan negeri ini tidak perlu menjadi Singapura kedua dengan kawasan laut di selatan pulau ditambak menerusi projek Penambakan Pulau Pinang Selatan (PSR) dan dijadikan kawasan pembangunan baharu seperti Marina Bay di negara berkenaan.

Presiden SAM,  S.M Mohamed Idris berkata, pembangunan baharu di kawasan tersebut hanya menguntungkan para pemaju serta pihak bank namun tidak ada sebarang kebaikan diperoleh oleh rakyat.

“Ini semua mengarut (jadikan kawasan pembangunan baharu seperti Marina Bay, Singapura), mereka (pemaju) sedang memusnahkan alam sekitar di sini.

“Kita tidak perlu menjadi pesaing kepada Singapura atau menjadi seperti Singapura, tambakan laut tidak memberi manfaat kepada orang ramai kerana ia hanya beri keuntungan kepada pemaju serta bank semata-mata,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, pemaju hartanah dan infrastruktur,  Kumpulan Gamuda Bhd. membayangkan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua dengan mengatakan  negeri ini akan dapat menyaingi Marina Bay di Singapura apabila projek penambakan tiga pulau buatan menerusi projek PSR selesai.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan PSR seluas 2,600 hektar bagi membentuk tiga pulau buatan yang akan digunakan untuk membiayai pelbagai projek dirangka menerusi PIP, termasuk terowong dasar laut dan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN