PARIS 25 Feb. – Neymar berkata dia bersedia untuk membantu Paris Saint-Germain (PSG) memahat sejarah dengan menjulang trofi Liga Juara-Juara apabila dia kini sedang berusaha mendapatkan semula kecergasannya.
Pemain termahal di dunia itu terpaksa menonton aksi PSG menewaskan Manchester United 2-0 dalam aksi pertama kalah mati Liga Juara-Juara di Old Trafford dari televisyen selepas cedera di tulang metatarsal.
Neymar juga terlepas dalam aksi timbal balik namun menaruh keyakinan tinggi dapat kembali beraksi dengan bantuan daripada pengurus Thomas Tuchel dan rakan sepasukannya dalam misi menuju ke final di Madrid.
“PSG bukan hanya mengenai saya. Sebuah pasukan yang hebat dengan sentuhan jurulatih yang bijak dan penyokong umpama pemain ke-12 kami ketika kami bermain di Paris.
“Saya tidak berasa ragu-ragu bahawa kami akan menjadi juara dan saya akan kembali beraksi,” katanya.
Begitu pun, Neymar yang dijangka kembali beraksi pada Mac ini sudah pun mendokumenkan sesi pemulihannya di sosial media. – AGENSI










