KUALA LUMPUR 1 Feb. – Proton Holdings Bhd. (Proton) mencatatkan jumlah pendaftaran kenderaannya sebanyak 7,007 buah pada Januari 2019 dan menguasai pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 14.5 peratus. Syarikat itu berkata, Proton X70 iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya mendahului jualan selepas dilancarkan pada 12 Disember 2018 dengan mencatatkan pendaftaran sebanyak 2,777 buah pada Januari 2019. Katanya, Proton X70 telah mencatatkan rekod baharu sebagai SUV segmen C paling banyak didaftarkan dalam…










