PRK Semenyih: Zakaria berpuas hati proses pengundian - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Zakaria berpuas hati proses pengundian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT – Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi berpuas hati dengan proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang dijalankan hari ini.

Menurutnya, proses tersebut dilihat cukup teratur tanpa berlaku sebarang kesesakan sekali gus memberikan keselesaan kepada pengundi bagi menjalankan tanggungjawab di pusat pengundian yang telah dibuka sejak pukul 8 pagi tadi.

“Buat masa ini saya berpuas hati malah proses pengundian awal, ia juga berjalan lancar kerana saya difahamkan kesemua mereka telah diminta untuk mengundi mengikut jabatan masing-masing.

“Keadaaan yang teratur ini tentunya bagi mengelakkan kesesakan di pusat pengundian kerana terdapat pengundi yang perlu bertugas semula selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat pusat mengundi bagi pengundian awal PRK Semenyih di Dewan Serbaguna Batallion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih di sini hari ini. 

Sementara itu sehingga kini, kempen dan lawatan yang dilakukan Zakaria sudah meliputi sehinga 80 peratus kawasan Semenyih.

Zakaria tiba kira-kira pukul 8. 50 pagi tadi, meluangkan masa hampir sejam untuk melihat proses pengundian di pusat mengundi tersebut.

Seramai 858 pengundi awal PRK DUN Semenyih menunaikan tanggungjawab mereka di mana di antara jumlah tersebut 761 anggota menyaksikan PGA dan pasangan bakal menunaikan tanggungjawab masing-masing di Dewan Serbaguna di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN