PRK Semenyih: Polis terima 13 laporan - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Polis terima 13 laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Polis menerima 13 laporan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bermula hari penamaan calon pada Sabtu lalu hingga hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Sabri Abdullah berkata, daripada kesemua laporan tersebut, tiga kertas siasatan telah dibuka dengan dua daripadanya melibatkan insiden serangan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman manakala satu laporan lagi berkaitan aktiviti ceramah tanpa permit di tapak pasar malam di Taman Pelangi, di sini semalam.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, ada penceramah yang mewakili Parti Barisan Nasional (BN) yang berada di atas bumbung sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sambil membawa pembesar suara untuk berkempen tanpa permit.

“Anggota polis kemudiannya telah meminta penceramah serta penyokong bersurai dari lokasi dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Mohd. Sabri menambah, polis telah meluluskan 10 permit bagi aktiviti ceramah dan berkempen bagi Parti BN, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

“Daripada jumlah tersebut, empat permit bagi BN, PH (empat) dan PSM (2) manakala calon bebas tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk permit.

“Calon yang bertanding perlu memohon permit untuk mengadakan sebarang aktiviti berkaitan ceramah dan kempen pilihan raya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN