PRK Semenyih: Pengundian awal bermula - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Pengundian awal bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Dua pusat mengundi mula dibuka pada pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 858 daripada keseluruhan 951 pengundi awal menunaikan hak mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejumlah 761 daripada mereka layak mengundi di pusat mengundi Dewan Serbaguna Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih manakala 97 lagi layak berbuat demikian di Dicress Room, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Sebahagian lagi iaitu 93 pengundi awal terdiri daripada anggota polis telah mengundi secara pos, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pusat mengundi awal di Dewan Serbaguna Kem Batalion 4 PGA Semenyih dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang manakala pusat mengundi di Dicress Room, IPD Kajang dibuka dari pukul 8 pagi hingga 2 petang. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN