PRK DUN Semenyih: Ibarat anak derhaka menentang bapa - Utusan Malaysia

PRK DUN Semenyih: Ibarat anak derhaka menentang bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih diibaratkan pertembungan antara anak derhaka kepada bapa dalam menawan hati pengundi di kawasan tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, ini berikutan penyandang kerusi di DUN tersebut adalah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang akan menentang calon UMNO. 
 
Katanya, PRK itu juga adalah ujian pertama kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Bersatu di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14. 

“Umum mengetahui bahawa Bersatu lahir susulan segelintir pemimpinnya yang tidak berpuas hati terhadap perjuangan UMNO yang boleh dianggap bapa kepada parti tersebut.

“PRK DUN Semenyih adalah berbeza berbanding tiga PRK sebelum ini kerana ini adalah persaingan mengenai tahap sebenar perjuangan orang Melayu secara khusus antara UMNO dan Bersatu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Burung, Tanjong Karang di sini hari ini.

Noh yang merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, menegaskan, sekiranya pengundi memberikan kemenangan kepada calon UMNO nanti bererti isyarat jelas penolakan terhadap Mahathir dan Bersatu. 

Jelas beliau, kemenangan itu juga membuktikan bahawa perjuangan UMNO lebih relevan dalam membela orang Melayu dan Islam di negara ini. 

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd. Nor, 57,dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac depan sebagai hari pengundian bagi PRK DUN tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×