KUALA SELANGOR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih diibaratkan pertembungan antara anak derhaka kepada bapa dalam menawan hati pengundi di kawasan tersebut. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, ini berikutan penyandang kerusi di DUN tersebut adalah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang akan menentang calon UMNO. Katanya, PRK itu juga adalah ujian pertama kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Bersatu…