DAKAR, Senegal 24 Feb. – Pengundi Senegal mula ke tempat pengundian hari ini bagi pilihan raya yang menjangkakan Presiden Macky Sall memenanginya selepas menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh.
Reuters melaporkan, kemenangan tersebut dijangkakan meskipun kumpulan hak asasi mengutuk beliau berikutan menekan lawan-lawannya.
Senegal sebuah negara pengeksport ikan menyaksikan pengembangan ekonomi lebih enam peratus tahun lalu berikutan pelan pembaharuan dan pembangunan dijalankan termasuk pembinaan landasan kereta api baharu.
Kira-kira 6.5 juta orang mendaftar sebagai pengundi dengan pusat pengundi dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang waktu tempatan.
Keputusan rasmi akan diumumkan pada Jumaat nanti.










