Polis Thailand buru dua penjenayah, rompak wang tunai 7.2 juta baht - Utusan Malaysia

Polis Thailand buru dua penjenayah, rompak wang tunai 7.2 juta baht

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 24 Feb. – Polis sedang memburu dua penjenayah yang merompak pekerja syarikat keselamatan yang membawa wang tunai 7.2 juta baht (RM940,000) di daerah Nong Khaem di sini, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 7.50 malam, dua pekerja keselamatan membawa beg mengandungi wang tunai itu dari cawangan Siam Commercial Bank dirompak sebelum sempat masuk ke trak keselamatan.

Menurut pekerja keselamatan, Chaiyut Somngam, 31, mereka ditahan pembonceng motosikal yang mengacukan pistol malah menembak ke udara untuk memaksa mencampakkan beg mengandungi wang berkenaan.

Katanya, kejadian itu hanya mengambil masa sekitar 10 saat sebelum dua penjenayah melarikan diri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN