COLOMBO 24 Feb. – Polis Sri Lanka merampas hampir 300 kilogram (kg) heroin bernilai AS$17 juta (RM69.28 juta) dalam rampasan dadah terbesar semalam.
Menurut jurucakap polis, Ruwan Hunasekera, agen antinarkotik dan Pasukan Tugas Khas Komando menyerbu tempat letak kereta sebuah kawasan beli-belah.
“Heroin itu yang dibungkus dalam 272 beg plastik sudah tersedia untuk diedar disembunyikan dalam dua van.
“Kita sedang menjalankan penyiasatan bagaimana dadah ini dapat masuk ke dalam negara,” katanya.










