Polis rampas RM98,885 dipercayai wang pertaruhan judi - Utusan Malaysia

Polis rampas RM98,885 dipercayai wang pertaruhan judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Polis merampas wang tunai sebanyak RM98,885 dipercayai digunakan untuk aktiviti pertaruhan judi haram dalam satu serbuan di Batu 14, Puchong, tengah malam tadi.

Dalam serbuan dijalankan Bahagian Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dan Selangor kira-kira pukul 12.30 malam itu, sebanyak 28 individu termasuk lima wanita ditahan.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, ketika serbuan dijalankan, kesemua mereka sedang leka bermain mahjong.

“Ini merupakan serbuan Op Limau yang diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang melibatkan tujuh pegawai serta 13 anggota dari Bukit Aman dan Selangor.

“Dalam serbuan tersebut, kita turut merampas meja mahjong, 32 domino stick, dua dadu, empat kerusi dan meja serta wang tunai disyaki digunakan untuk pertaruhan yang keseluruhannya berjumlah RM98,885,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Khaizam, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×