PASIR MAS – Polis merampas 1.6 tan daun ketum dan 1,500 botol ubat batuk selepas menahan sebuah lori ais di jalan Pasir Mas-Pasir Pekan berhampiran sebuah pasaraya di sini pada 31 Januari lalu. Lori berkenaan ditahan oleh pasukan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menerusi Ops Selamat 14 sempena sambutan Tahun Baru Cina kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammed Piah berkata,…










