Polis nasihat waspada penipuan jualan dalam talian - Utusan Malaysia

Polis nasihat waspada penipuan jualan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Polis menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan aktiviti penipuan secara dalam talian yang telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM99,533 di Port Dickson sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, penipuan secara dalam talian itu termasuk melibatkan penjualan barangan dan tawaran pakej pelancongan yang tidak wujud di Facebook.

“Bermula Januari lalu sebanyak 16 laporan dilaporkan dan disiasat polis. Ia melibatkan kes penipuan pembelian secara dalam talian, penipuan pakej pelancongan dan lain-lain kes. Jumlah kerugian RM99,533.06,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aidi Sham berkata, baru-baru ini seorang wanita di sini membuat laporan polis dia terpedaya dalam urusan pakej pelancongan daripada syarikat yang hanya dia diketahui melalui Facebook.

Menurut beliau, wanita itu terpedaya dengan pakej pelancongan ke Eropah pada harga murah menyebabkan dia dan dua rakannya membuat sembilan transaksi bayaran berjumlah RM12,280 ke dalam akaun syarikat tersebut.

Kata beliau, wanita itu bagaimanapun akhirnya mengetahui bahawa syarikat tersebut sebenarnya telah ditutup.

Justeru, katanya, polis Port Dickson mengemukakan beberapa tips pencegahan bagi mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa kes penipuan dalam talian.

▪Pengesahan identiti penjual
– Pengesahan identiti penjual sebelum menjalankan urusan pembelian dengan memastikan identiti penjual adalah betul. 
– Perlu mengetahui maklumat penting penjual seperti alamat, nombor telefon dan sebagainya. 
– Mengambil sedikit masa melakukan semakan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

▪ Semakan akaun bank
– Buat semakan nombor akaun penjual dengan memastikan nama pemegang akaun bank sama dengan nama penjual atau syarikat yang menjual. 
– Pastikan nombor akaun tersebut adalah milik penjual sebenar. 
– Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ada menyediakan portal untuk membuat semakan di http://ccid.rmp.gov/my/semakmule/
– Portal itu dapat menunjukkan sama ada nombor akaun / nombor telefon suspek terlibat dengan kes jenayah atau tidak.

▪ Testimoni pembeli lain
– Lihat testimoni pembeli lain yang pernah berurusan dengan suspek sama ada melalui komen di laman sosial milik penjual atau komen di blog milik suspek.

▪ Hati-hati dengan harga yang terlalu murah
– Elakkan membeli barang yang dijual oleh individu dengan harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran.

▪ Simpan transaksi atau bukti
– Simpan bukti seperti e-mel, perbualan di laman sosial dan resit pembayaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×