KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu menahan 59 individu atas pelbagai kesalahan bersabit dadah dalam operasi di sekitar Telipok dan Sembulan dalam tempoh seminggu bermula 26 Januari lalu. Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek berusia 17 hingga 55 tahun terbabit turut merangkumi 29 warga asing. “Hasil pemeriksaan mendapati seramai 16 individu memiliki dadah dan 43 lagi didapati positif dadah selepas…










