LONDON 11 Feb. – Ole Gunnar Solksjaer berjaya mengangkat semula prestasi Paul Pogba di Manchester United dengan pemain itu menjadi pencetus kepada kemenangan mereka ketika menundukkan Fulham 3-0. Selepas Solskjaer mengambil alih tugas pengurus daripada Jose Mourinho, Pogba dilihat terus cemerlang termasuk meledak dua jaringan ketika menentang Fulham untuk merekodkan kemenangan ke-10 dalam rekod 11 perlawanan tanpa kalah. Persembahan semasa pemain Perancis itu jelas berbeza berbanding di bawah kendalian Mourinho…










