Pochettino lepas kemarahan di padang - Utusan Malaysia

Pochettino lepas kemarahan di padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Feb. – Mauricio Pochettino melepaskan kemarahannya kepada pengadil Mike Dean selepas Tottenham kehilangan peluang bagi mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-2 kepada Burnley.

Aksi di Turf Moor itu menyaksikan Spurs berpeluang untuk merapatkan jurang kepada dua mata di belakang Manchester City tetapi skuad kendalian Pochettino itu ketinggalan menerusi jaringan Chris Wood pada babak pertama.

Tottenham kemudian menyamakan kedudukan menerusi penyerang Harry Kane yang memanfaatkan kesilapan pemain Burnley begitupun, mereka terpaksa membayar harga mahal susulan kerapuhan barisan pertahanan apabila tuan rumah meledak gol kemenangan pada penghujung masa sebenar.

Pochettino jelas berada dalam keadaan marah sepanjang masa malah melakukan konfrontasi terhadap Dean dan pembantunya di atas padang sebagai meluahkan kekecewaannya.

Bagaimanapun, Pochettino enggan mengulas tindakannya itu sebaliknya menegaskan tekanan dalam memburu kejuaraan menjadi punca kepada kekalahan itu.

“Kami mensia-siakan peluang untuk mencabar kejuaraan. Apabila berada dalam keadaan tertekan, awak akan mudah melakukan kesilapan semasa di atas padang dan saya turut melakukan kesilapan semasa berada di padang.

“Saya tidak pernah hilang kawalan seperti ini. Keadaan ini sangat pelik dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Pochettino.

Insiden itu menyaksikan pengurus kelahiran Argentina itu bakal berdepan tindakan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN