Pochettino berdepan hukuman - Utusan Malaysia

Pochettino berdepan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Feb. – Gara-gara melakukan provokasi terhadap pengadil telah menyebabkan pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino bakal berdepan hukuman apabila didakwa oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pochettino bertengkar dengan pengadil perlawanan, Mike Dean selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Burnley di Turf Moor pada Sabtu lalu.

“Mauricio Pochettino didakwa dengan dua pelanggaran peraturan FA E3 ketika menentang Burnley pada Sabtu (23 Februari 2019).

“Tuduhan terhadap pengurus Tottenham itu disebabkan bahasa dan atau tingkah lakunya setelah perlawanan berakhir, ketika kedua-duanya berada di padang atau dalam terowong – sewaktu berlakunya pelanggaran salah laku itu

“Dia diberikan masa sehingga pukul 6 petang pada 28 Februari 2019 untuk membalas pertuduhan tersebut,” kata FA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN