KUALA LUMPUR 3 Feb. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan para petani di negara ini mempelbagaikan tanaman mereka dan tidak tertumpu kepada satu-satu tanaman sahaja seperti kelapa sawit atau getah. Perdana Menteri berkata, kepelbagaian itu penting bagi mengelakkan petani daripada terperangkap dengan masalah kejatuhan harga komoditi di pasaran dunia. Mahathir Mohamad “Tapi kalau kita tanam kelapa sawit, hari ini harga jatuh kita akan menangis. Tapi kalau kita ada kelapa sawit…










