Pistol air tembak salji susulan cuaca terlalu sejuk di AS - Utusan Malaysia

Pistol air tembak salji susulan cuaca terlalu sejuk di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OAK CREEK, Wisconsin – Sebilangan penduduk bandar ini terkejut apabila salji keluar daripada pistol air ketika mereka menguji tahap cuaca sangat sejuk yang melanda rantau Midwest Amerika Syarikat sejak beberapa minggu lalu.

Seorang penduduk, Sarah Alvarado menyatakan keluarganya meluangkan masa bermain pistol air menggunakan air panas tetapi air itu tiba-tiba bertukar menjadi salji apabila ditembak ke ruang udara.

Mereka mulanya memandang remeh ramalan cuaca sejuk yang didakwa mencecah -42.8 darjah Celsius di sesetengah kawasan dan tidak menyangka begitu pantas air panas membeku lalu menjadi salji apabila ditembak ke udara.

Semakin ramai penduduk sekitar Oak Creek kini mengamalkan kaedah menembak air panas ke udara menggunakan pistol air untuk menguji sejuk cuaca yang melanda bandar tersebut setiap hari.

Namun, ramai yang mengambil kesempatan berseronok bersama keluarga dalam salji tebal walaupun cuaca sejuk itu telah menyebabkan hampir semua kemudahan menggunakan seperti tandas dan bekalan air tersumbat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN