Pilpres bukan perang Badar – Samawi - Utusan Malaysia

Pilpres bukan perang Badar – Samawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Feb. – Solidariti Ulama Muda Jokowi (Samawi) mempersoalkan puisi disampaikan aktivis dan artis, Neno Warisman semasa program Munajat 212 di Monumen Nasional (Monas) yang secara tidak langsung menyifatkan golo­ngan ulama dan penyokong Joko Widodo (Jokowi) sebagai orang musyrik.

Detik.com melaporkan, Setiausaha Agung Samawi, Aminuddin Maruf berkata, kenyataan itu dibuat selepas beliau merasakan bekas pelakon dan penyanyi tersebut silap dalam mengaitkan puisi berke­naan dengan perang Badar.

“Betul puisi yang dibacakan Neno Warisman itu adalah doa yang dibacakan Nabi Muhammad SAW ketika perang Badar antara orang Islam dengan orang musyrik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Aminuddin, situasi politik Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019 tidak boleh disamakan dengan perang Badar kerana semua calonnya beragama Islam.

“Doa tersebut ketika perang Badar antara umat Islam melawan tentera musyrik yang tiga kali ganda lebih ramai. Jadi konteks politik Pilpres adalah sangat berbeza situasi ketika perang Badar,” katanya.

Beliau yang juga setiausaha kepada Pengarah Pengumpulan Pasukan Kempen Nasional (TKN) Jokowi-Ma’ruf Amin berkata, kumpulan penyokong kepada pihak lawan sering me­nyamakan konteks perang Badar dan Pilpres.

“Penyokong gandingan Pra­bowo dan Sandiaga telah kehabisan idea dalam mencari strategi hingga semua kaedah digunakan,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN