KUALA LUMPUR – Rakyat perlu bangun dengan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bagi mendesak kerajaan supaya menunaikan janji manifestonya kepada rakyat. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, kegagalan kerajaan menunaikan janji-janji manifesto dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) wajar di tentukan melalui suara rakyat dengan cara bersolidariti untuk mengundi BN. “Sekiranya pembangkang diberikan mandat dan menang nanti, ini adalah kemenangan rakyat sebagai tanda protes yang menunjukkan kemarahan kepada kerajaan. “UMNO dan BN sedar rakyat sudah bangkit menentang kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya