Pihak yang taja lawatan Polis ada kepentingan - Hishammuddin - Utusan Malaysia

Pihak yang taja lawatan Polis ada kepentingan – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 17 Feb. – Pihak yang menaja lawatan kerja pegawai-pegawai kanan polis ke Turki mempunyai kepentingan sendiri.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hal itu (tujuan penajaan) perlu diperjelaskan kerajaan.

Katanya, pada zamannya sewaktu berada dalam kerajaan terdahulu, tajaan itu tidak diperincikan sehingga ke peringkat menteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang yang membiayai lawatan itu mempunyai kepentingan. Itu mesti diperjelaskan.

“Sama ada betul atau tidak (kerajaan terdahulu menerima tajaan syarikat loteri), secara peribadi, saya tidak tahu. Kalau betul, saya rasa ia tidak kena,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pasar Malam Jenaris, Kajang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa tajaan lawatan daripada Lembaga Totalisator Malaysia berlaku sejak kerajaan terdahulu.

Tambah Hishammuddin, kerajaan PH tidak wajar menuduh kerajaan terdahulu dalam isu ini kerana banyak perkara yang diluluskan kerajaan terdahulu dibatalkan Guan Eng.

“Kenapa dalam isu ini pula dia (Guan Eng) sibuk hendak menyalahkan kita? (kerajaan terdahulu),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini