Pihak berkuasa Hong Kong merampas tanduk badak seberat 40 kg - Utusan Malaysia

Pihak berkuasa Hong Kong merampas tanduk badak seberat 40 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONGKONG 15 Feb.- Pihak berkuasa Hong Kong telah merampas 40 kilogram (kg) tanduk badak sumbu bernilai AS$1 juta (RM4 juta) dipercayai untuk dibawa ke Afrika Selatan dan Vietnam.

Rampasan itu dibuat dalam serbuan terbaru yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong semalam.

Pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan berkata, kesemua tanduk itu ditemukan dalam dua buah kotak yang dijadualkan untuk dihantar ke Ho Chi Minh.

Pada masa yang sama, dua penumpang lelaki berumur 28 dan 33 tahun ditahan untuk membantu siasatan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN