PH usah bertanding PRK Rantau - Utusan Malaysia

PH usah bertanding PRK Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADALAH lebih baik Pakatan Harapan (PH) tidak mencalonkan sesiapa daripada parti-parti komponennya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kerana ia dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) terutama sekali bekas wakil rakyatnya ialah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Rayuannya bagi membatalkan keputusan mahkamah terhadap kemenangan tanpa bertanding beliau di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ditolak dan diarahkan PRK semula dalam tempoh 30 hari.

Jika PH berhasrat juga untuk masuk bertanding, dikhuatiri jumlah undi dimenangi Datuk Seri Mohamad lebih majoritinya daripada PRU-14. Ini kerana siapa yang tidak kenal Datuk Seri Mohamad di Rantau yang dianggap sebagai wira dalam membela nasib rakyat di sana?

Biarkan Datuk Seri Mohamad menang kerana beliau boleh membawa perkara-perkara penting tentang isu permasalahan rakyat dalam sidang DUN. Cabaran dan suara pembangkang yang lantang adalah sangat mustahak. Lagipun ia tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri yang kini dianggap stabil dan kuat.

Kalau PH berhasrat tidak akan bertanding di PRK DUN Rantau nanti, pasti akan lebih mengecewakan UMNO yang cuba menaikkan imej dan moralnya melalui sokongan rakyat yang mereka harapkan dan ramalkan.

SYED ABDULLAH 
SYED OSMAN

Ampangan, Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN