PH perlu tangani keresahan kaum - Utusan Malaysia

PH perlu tangani keresahan kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Hasil kajian Ilham Centre bersama Pe­nang Institute yang me­nyaksikan kira-kira 60 peratus masyarakat Melayu tidak ber­puas hati de­ngan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dipandang ringan.

DR. AHMAD ZAINUDIN
DR. AHMAD ZAINUDIN

Dapatan itu perlu menjadi ‘penggera’ untuk menyedarkan PH bahawa rakyat khususnya orang Melayu sedang dalam keadaan resah serta menuntut perubahan daripada kerajaan.

Menurut pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Id­ris (UPSI), Prof. Mad­ya Dr. Ahmad Zai­nudin Husin, ke­rajaan perlu segera me­rangka tindakan untuk menangani keresahan kaum dalam kalangan rakyat.

Kata beliau, per­kara itu penting supaya kerajaan dapat menjalankan pentadbiran secara licin dan tersusun tanpa diganggu isu-isu perpaduan yang boleh merencatkan pembangunan.

“Kerajaan perlu peka kepada keper­luan ma­syarakat ha­ri ini. Me­reka perlu ku­rangkan perkara yang boleh menimbulkan keresahan da­lam kalangan ma­sya­rakat tidak kira sama ada Melayu, Cina atau India.

“Jika kerajaan dapat tangani perkara ini, mungkin untuk menjalankan tadbir urus negara itu lebih senang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ketua Penyelidik Il­ham Centre, Dr. Mohd. Yusri Ibrahim, masyarakat Melayu yang tidak berpuas hati dengan kerajaan berasa tidak yakin de­ngan kebolehan PH untuk mempertahankan hak serta keistimewaan orang Melayu serta agama Islam.

Mengulas lanjut, Ahmad Zainudin tidak menolak pengaruh gabungan pembangkang melibatkan UMNO dan Pas yang berjaya menambat hati masyarakat Melayu dan Islam berdasarkan isu-isu yang sering mendapat perhatian mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN