PH mahu kikis persepsi kerajaan sepenggal - Utusan Malaysia

PH mahu kikis persepsi kerajaan sepenggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Pakatan Harapan (PH) perlu menangkis persepsi kononnya gabungan itu bakal menerajui kerajaan Persekutuan untuk sepenggal sahaja.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, proganda ‘kerajaan sepenggal’ yang dilemparkan terhadap PH itu semakin mempengaruhi persepsi segelintir rakyat negara ini.

“Kita kena hakis balik persepsi ‘one term government’ (kerajaan sepenggal) ini. Kita semua bertanggungjawab untuk membantu membina persepsi yang betul dalam kalangan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenapa hendak bagi semula (pentadbiran kerajaan Persekutuan) kepada kerajaan (Barisan Nasional) yang telah merosakkan negara setelah diberi peluang (memerintah) selama lebih 60 tahun,” katanya pada majlis Temu Mesra Warga Parti Keadilan Rakyat (PRK) di sini hari ini.

Wan Azizah berkata, PH merupakan kerajaan baharu yang memiliki pelbagai kekangan dan masalah kerana mewarisi kerajaan yang memiliki kadar hutang yang lebih tinggi daripada dijangkakan daripada pentadbiran terdahulu.

Biar pun begitu, Wan Azizah menegaskan PH sedang bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu-isu rakyat yang diwarisi daripada BN tersebut. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×