PGSM berterima kasih kepada Mujahid, Kabinet - Utusan Malaysia

PGSM berterima kasih kepada Mujahid, Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Kabinet kerana bersetuju menggubal Rang Undang-udang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

Presidennya, Musa Awang berkata, undang-undang yang bakal digubal kelak dapat mengangkat profesionalisme peguam syarie di negara ini.

Katanya lagi, di samping itu dapat membantu menyelesaikan masalah ketidakseragaman dan ketidakselarasan amalan undang-undang di antara negeri.

“Ia juga menjadi bukti bahawa kerajaan memberikan komitmen baik dan bersungguh-sungguh dalam memartabatkan institusi perundangan syariah dan profesion guaman syarie di negara ini.

“Kami berharap RUU berkenaan menjadi model bagi penyeragaman undang-undang profesion guaman syarie di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN