Petugas khas licin permohonan MM2H - Utusan Malaysia

Petugas khas licin permohonan MM2H

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 25 Feb. – Satu petugas khas bagi melicinkan proses kelulusan permohonan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) ditubuhkan dengan melibatkan beberapa agensi kerajaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, petugas itu bertujuan bagi menyelesaikan isu kelewatan proses kelulusan permohonan MM2H yang direkodkan sejak 2018 hingga kini.

“Penubuhan pasukan petugas khas terbabit dijangka dimulakan pada Mac dan berakhir Julai ini.

“Bagi melicinkan proses tersebut, beberapa agensi kerajaan akan dijemput berkerjasama antaranya Jabatan Imigresen dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamaddin lagi, pihaknya berharap akan dapat menyelesaikan semua 3,727 permohonan dalam tempoh empat bulan menerusi penubuhan petugas khas itu.

Jelasnya daripada jumlah tersebut, 894 permohonan telah dipanjangkan ke Kementerian Dalam Negeri bagi tujuan kelulusan, manakala permohonan baharu bagi 2019 adalah sebanyak 668.

Kata beliau, bermula tahun lalu, kelulusan permohonan MM2H di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan pemohon perlu melalui tapisan keselamatan telah ditetapkan mereka.

Sejak ditubuhkan pada 2002, MM2H telah menerima permohonan dari pelbagai negara termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Bangladesh, United Kingdom, Taiwan, India dan Pakistan.

Sehingga 2018 dianggarkan lebih 40,000 peserta dari 131 buah negara direkodkan dalam program tersebut.

Secara puratanya, hampir 6,000 permohonan diterima setiap tahun sejak ia mula ditubuhkan pada 2002. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN