Peserta Perlis, Pahang ungguli kejohanan woodball - Utusan Malaysia

Peserta Perlis, Pahang ungguli kejohanan woodball

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI 24 Feb. – Penuntut Kolej Vokasional Kuala Lipis, Pahang, Muhammad Amiruddin Akmal Nasharudin memenangi kate­gori Gate In One, sekali gus merangkul hadiah RM1,000 dan sebuah televisyen dalam kejohanan Gate In One Woodball Challenge, di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini baru-baru ini.

Sementara pemain dari Perlis, Azaharin Ahmad Tajuddin pula membawa pulang Iphone 6S setelah mengungguli kate­gori Special Gate In One Challenge.

Mereka memenangi hadiah utama itu setelah menumpas­kan lebih 160 pesaing lain dalam kejohanan yang dijayakan oleh Kelab Woodball Prang Besar (KWPB) dengan kerjasama Uniten, Persekutuan Woodball Asia (AWF) dan Persatuan Woodball Malaysia (MWA).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalul­lail merangkap Penaung Diraja Persatuan Woodball Perlis (PWNPs) dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berke­nan berangkat menyempurnakan majlis pengurniaan hadiah kepada para pemenang pelbagai kategori.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor Uniten, Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha dan Presiden KWPB, Asrul Nizwan Mohamad. Yang turut hadir Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. Xavier Jayakumar.

Turut diadakan sempena kejohanan ini ialah pertandingan FB Photo Challenge, Instagram Photo Challenge dan Cabutan bertuah.

KWPB ditubuhkan 17 Mei 2018 bagi memperkenal, mempromosi dan menarik minat warga Putrajaya menceburi sukan moden berasal dari negara Taiwan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN