KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 4.7 peratus bagi suku keempat 2018 berbanding 4.4 peratus pada suku sebelumnya sekali gus menunjukkan pengembangan positif terhadap ekonomi negara. Ia membawa kepada pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan sebanyak 4.7 peratus pada 2018 dengan nilai KDNK berjumlah RM1.43 trilion. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, aktiviti sektor swasta dan peningkatan dalam sektor komoditi berperanan sebagai pemacu kepada pertumbuhan KDNK bagi tempoh suku tersebut. “Sektor berkaitan komoditi kembali mengekalkan momentum daripada gangguan pengeluar yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya