Pertandingan logo KLWBC2020 tawar RM3,000 - Utusan Malaysia

Pertandingan logo KLWBC2020 tawar RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan hadiah bernilai RM3,000 kepada pemenang pertandingan mencipta logo Kuala Lumpur World Book Capital 2020 (KLWBC2020).

DBKL dalam kenyataannya berkata, pertandingan itu dibuka kepada semua warganegara Malaysia dengan syarat setiap hasil kerja asli dan tidak pernah digunakan.

“Pemenang pertandingan akan diumumkan pada majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertandingan dibuka sehingga 20 Mac ini dan setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan,’’ katanya di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web rasmi KLWBC2020 iaitu www.klbaca2020.com -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×