KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. (Proton) telah mengeluarkan foto rasmi pertama Proton Persona berwajah baharu, sedan keluarga segmen B syarikat tersebut.
Persona baharu itu yang bakal dilancarkan tahun ini bersama Proton Iriz, merupakan model pertama syarikat tersebut yang mengalami pengubahsuaian luaran sejak bermulanya kerjasama Proton dengan Geely pada 2017.
“Bahagian luaran baharu itu akan memaparkan imej sambungan pintar ditambah dengan estetika elegan dengan buatan kemas yang menjadikan Persona lebih menonjol berbanding pesaingnya.
“Ia juga membawa elemen reka bentuk keluarga baharu Proton yang ditampilkan dalam semua model akan datang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.










