Persoalan undang-undang, Mahkamah putuskan 14 Mac - Utusan Malaysia

Persoalan undang-undang, Mahkamah putuskan 14 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon supaya dua persoalan undang-undang mengenai Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara tersebut dimaklumkan peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Ahli Parlimen Port Dickson ketika pendengaran saman pemula tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nordin Hassan di sini hari ini.

Permohonannya tersebut menurut Sri Ram dikemukakan mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk rujukan mengenai soal perlembagaan oleh Mahkamah Tinggi.

Peguam Kanan Persetukuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan tidak mempunyai bantahan berhubung permohonan berkenaan.

Sehubungan itu, Hakim Nordin menetapkan 14 Mac ini untuk mahkamah memberikan keputusan sama ada rujukan persoalan undang-undang tersebut dibenarkan didengar di Mahkamah Persekutuan atau boleh didengar di mahkamah ini.

Pada 2 Ogos 2016 iaitu sehari selepas pelaksanaan MKN, Anwar memfailkan saman pemula selepas mendakwa pelaksanaan akta berkenaan adalah tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam saman itu, Anwar turut memohon deklarasi Seksyen 12 Akta Perlembagaan, Perkara 66 (4) dan Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berperlembagaan, batal dan tidak sah.

Beliau memohon membatalkan Perkara 66 (4A) sebagai usaha mengembalikan kuasa Seri Paduka memberi perkenan sebelum Rang Undang-undang (RUU) diluluskan di Parlimen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini