SIAP SEDIA…Kota Hanoi, Vietnam ketika ini sedang sibuk dengan persiapan menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Kedua-dua pemimpin tersebut sekali lagi akan bersemuka untuk persidangan bersama pada Rabu dan Khamis ini selepas kali pertama dipertemukan di Singapura, tahun lalu.
Sumber memberitahu, Jong-un dijangka tiba di Vietnam dengan kereta api dan berhenti di stesen kereta api Dong Dang dekat sempadan China sebelum menaiki kereta ke Hanoi. – AFP










