Permohonan permit bazar Ramadan masih dibuka - Utusan Malaysia

Permohonan permit bazar Ramadan masih dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat memohon Permit Sementara Bazar Ramadan 2019 di sekitar ibu kota.

DBKL menerusi catatan di laman web miliknya berkata, permohonan itu boleh dibuat mulai 15 Februari lalu hingga 14 Mac ini di pautan http://elesen.dbkl.gov.my/ebazar.

“Pendaftaran permohonan bazar Ramadan secara individu hanya boleh dibuat melalui dalam talian sahaja.

“Sebarang surat menyurat tidak diperlukan dan permohonan secara dalam talian yang tidak lengkap, dokumen tidak jelas dan maklumat palsu akan ditolak,” demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, senarai lokasi bazar Ramadan yang dimohon boleh disemak di laman web berkenaan.

“Tarikh tutup permohonan pada pukul 12 tengah malam, 14 Mac ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN