KUANTAN – Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, hari ini baginda sendiri menunjukkan bakat mereka cipta corak baju daripada bahan mineral itu. Hanya berbekalkan sehelai baju-T Pagoda berwarna putih, getah pengikat, air bauksit, pewarna yang dihasilkan daripada pokok tarum atau nama saintifiknya Indigofera Tinctora, baginda berjaya menyiapkan baju bercorak…










