Perlis tarik pelabur asing - Utusan Malaysia

Perlis tarik pelabur asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 26 Feb. – Antara sektor utama yang berpotensi di negeri Perlis bagi para pelabur dari dalam dan luar negara ialah perikanan, pendidikan dan latihan, agrikultur moden, logistik serta pelancongan.


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sektor berkenaan mempunyai potensi besar dan perlu dilihat sendiri oleh pelabur untuk diterokai.

Baginda bertitah demikian sejurus berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa El Prat Barcelona, Sepanyol, semalam.


Keberangkatan tiba baginda yang diundang berangkat menghadiri ‘Mobile World Congress (WMC) Barcelona 2019’ disambut oleh Konsul Jeneral Kehormat Malaysia di wilayah Catalunya, Dr Jordi Martinez dan Datuk Manuel A. Condeminas Hughes.


Berangkat sama ialah anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail. 


Baginda turut menambah bahawa sektor-sektor lain yang harus juga diterokai bagi yang berhasrat ialah ‘Teknologi Hijau’ seperti pembuatan hijau dan tenaga boleh diperbaharui selain industri halal, automotif dan juga ekektrik serta elektronik.


Tuanku Syed Faizuddin Putra pernah menetap di Madrid, Sepanyol dari tahun 1995 hingga 1998 ketika bertugas sebagai Pengurus Kawasan Sepanyol, Portugal dan Utara Afrika bagi syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) pada ketika itu sebelum menjadi Raja Muda Perlis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN